Saturday, May 9, 2009

Rotan jangan tak rotan...

Taken from Mingguan Malaysia; Sunday, 10th May 2009:

Kembalikan hukuman rotan

BATU PAHAT 9 Mei – Hukuman rotan akan diperkenalkan semula ke atas pelajar yang didapati melanggar disiplin, terlibat dalam kes pergaduhan dan buli di sekolah.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, hukuman tersebut hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat persetujuan Peguam Negara.

Katanya, hukuman rotan itu juga jika diluluskan kelak, tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya.

Guru-guru yang hendak merotan pelajar, tegas beliau, perlu mematuhi garis panduan dan prosedur yang ditetapkan oleh Peguam Negara.

Langkah berhati-hati itu, katanya, untuk mengelak pihak sekolah atau guru disaman oleh ibu bapa.

‘‘Kita berharap cadangan yang telah dikemukakan kepada Peguam Negara itu mendapat maklum balas sebelum akhir tahun ini.

‘‘Hukuman ini bukan untuk mendera tetapi mendidik para pelajar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Skim Khairat Percuma Sesi 2009/2010 anjuran Parlimen Batu Pahat di Dewan Senggarang di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun sebelum ini majoriti ibu bapa menyokong agar hukuman merotan dikuatkuasakan semula namun ada beberapa pihak termasuk golongan peguam yang membantahnya.

“Sebab itu sebelum peraturan itu dikuatkuasakan semula, kerajaan merujuk kepada Peguam Negara untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat mengulas kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera Tongkang Pechah Batu Pahat cedera di lutut kiri selepas diserang dan dibelasah sekumpulan 12 pelajar ketika di dalam kelas, baru-baru ini.

Ulasan:

It's high time that they introduced the punishment back. Wait, did they revoke the punishment? Oh damn, patut lar bebudak sekarang bertambah poyo dan kurang ajar.

I remembered back when my days at school, rotan punishment is nothing. Tak buat kerja sekolah? WHACK! Ponteng kelas? WHACK! Lawan cikgu? WHACK! Pukul cikgu? WHACK! WHACK! WHACK! Lepas tu buang sekolah.

All teacher's should be immune to being sued by parents for applying the rotan punishment. Semestinya kalau ada cikgu yang terlebih-lebih atau salah guna kuasa (pukul sampai tak ingat dunia or pukul kat tempat-tempat sensitif; kepala, etc) parents boleh buat laporan polis dan biar polis ambil tindakan.

Please jangan lar ikut sangat cara-cara Americans tu, diorang konon-konon mengamalkan HUMAN RIGHTS. Kita patut ikut balik cara British. Oh they were very stern, very stern educators...brrrrr...tanyalah parents kita...

2 comments:

Anonymous said...

Tapi kalau dah besar panjang tu takkan nak dirottan, melainkan untuk kesalahan kritikal, atau jika pelajar masih mengulangi lagi kesalahan tersebut.

Kebanyakan(jika tidak semua) sekolah sekarang mempunyai guru kounseling / Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), apa kata daripada guru tersebut goyang kaki menuggu pelajar datang dengan rela hati, lagi baik jika guru disiplin mengwajibkan kedatangan tersebut kepada pelajar-pelajar yang "bermasalah".

Kalau nak tiru budaya US pun, kena lah tiru betul-betul, jangan ambil ikut sedap hati sendiri saja. :P

Doughlicious Cafe said...

even though i'm a fan of where diplomatic ways is always better than using force, i believe a bit of force is always welcome. the carrot and stick method.

rotan akan membuatkan students ni lg hormat kat cikgu2 dan bagaimanapun kaunseling adalah cara yg paling berkesan utk mencapai remaja2 bermasalah ni.

sekali lg, tegas untuk mendapatkan rasa hormat diorang and kaunseling untuk menunjukkan bahawa cikgu2 ni benar2 ikhlas utk menolong.

i think i am writing nonsense here (coz its 12 and im sleepy) but i think we're both at the right junction my friend :)